Saturday, 9 November 2013

..:::WANITA PERLU TAHU:::..

[[Lelaki tidak detail dalam percakapan]]


Contoh : Kakaknya baru sahaja putus cinta. Apabila kita tanya, "Apa yang telah terjadi? Lelaki hanya menjawab : "Dah nak putus nak buat macam mana.."

Alasan : Secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap seperti perempuan. Menurut pakar, wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu patah perkataan per hari sementara lelaki rata-rata hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata.

[[Lelaki tidak bergosip]]

Contoh : Apabila kita kata, "Eh betul ke cerita ni?" Dia pantas memotong : "Pergi makan jom ! Dah lapar ni.." :)

Alasan : Sebenarnya lelaki juga bergosip. Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kaum wanita dan juga tidak pada saat objek yang hendak digosip berada dekat situ. Kalau mereka mempunyai masalah dengan seseorang, biasanya mereka menyelesaikannya atau melupakannya.

[[Lelaki jarang muncul dengan jambang bunga]]

Contoh : Dalam filem, sering kita lihat hero muncul tiba-tiba di rumah kekasihnya dengan sejambak bunga, tapi kenyataannya..? :)

Alasan : Sejak awal, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. Kebetulan pula hal-hal bunga tidak menarik ruang logik akal mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar-benar satu pembaziran. Itu tanggapan orang lelaki.. :)

[[Lelaki selalu mengagungkan ibu mereka]]

Contoh : Lelaki jarang mengkritik ibu mereka, apa lagi kalau hubungan mereka akrab. Lebih panas lagi kalau dia kata : "Eleh, macam tu pun tak tahu buat ? Emak saya pejam mata pun boleh buat."

Alasan : Bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan anti daripada hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibunya. Oleh itu, tidak perlulah minta lelaki persoalkan apa-apa tentang ibunya.


~Srikandi Diri~


No comments:

Post a Comment