Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlipan manja. Mungkin juga pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis. Atau mungkin juga pada gelak tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceriakan kecantikkan seorang wanita. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefenisikan tentang keindahan mereka.
Panjatkan kesyukuran ke hadirat Allah [s.w.t] kerana menjadikan anda seorang wanita dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu perkara yang tidak akan dimamah usia, sifat kewanitaan yang dipupuk dengan Iman dan Ibadah. Inilah rahsia yang menjadikan anda lebih cantik dan menarik ! :)
Satu perkara yang tidak akan dimamah usia, sifat kewanitaan yang dipupuk dengan Iman dan Ibadah. Inilah rahsia yang menjadikan anda lebih cantik dan menarik ! :)
Jadikan Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih, Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis, Gunakan "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari "saloon Iman", Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan, Rawatlah rambut anda dengan "selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan, Hiasilah kedua tangan anda dengan "gelang Tawadhu" dan jari-jari anda dengan "cincin Ukhuwwah", Sebaik-baik kalung anda adalah kalung "kesucian" dan Bedaklah wajah anda dengan "air Wuduk" nescaya akan bercahaya di akhirat.
~Srikandi Diri~
No comments:
Post a Comment