Saturday, 9 November 2013

..:::WANITA PERLU TAHU:::..

[[Lelaki tidak detail dalam percakapan]]


Contoh : Kakaknya baru sahaja putus cinta. Apabila kita tanya, "Apa yang telah terjadi? Lelaki hanya menjawab : "Dah nak putus nak buat macam mana.."

Alasan : Secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap seperti perempuan. Menurut pakar, wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu patah perkataan per hari sementara lelaki rata-rata hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata.

[[Lelaki tidak bergosip]]

Contoh : Apabila kita kata, "Eh betul ke cerita ni?" Dia pantas memotong : "Pergi makan jom ! Dah lapar ni.." :)

Alasan : Sebenarnya lelaki juga bergosip. Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kaum wanita dan juga tidak pada saat objek yang hendak digosip berada dekat situ. Kalau mereka mempunyai masalah dengan seseorang, biasanya mereka menyelesaikannya atau melupakannya.

[[Lelaki jarang muncul dengan jambang bunga]]

Contoh : Dalam filem, sering kita lihat hero muncul tiba-tiba di rumah kekasihnya dengan sejambak bunga, tapi kenyataannya..? :)

Alasan : Sejak awal, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. Kebetulan pula hal-hal bunga tidak menarik ruang logik akal mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar-benar satu pembaziran. Itu tanggapan orang lelaki.. :)

[[Lelaki selalu mengagungkan ibu mereka]]

Contoh : Lelaki jarang mengkritik ibu mereka, apa lagi kalau hubungan mereka akrab. Lebih panas lagi kalau dia kata : "Eleh, macam tu pun tak tahu buat ? Emak saya pejam mata pun boleh buat."

Alasan : Bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan anti daripada hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibunya. Oleh itu, tidak perlulah minta lelaki persoalkan apa-apa tentang ibunya.


~Srikandi Diri~


..:::MUSLIMAH PENENTU GENERASI ISLAM:::..

Engkau laksana pilar kebijaksanan. Di tanganmu lah kelak tumbuh generasi-generasi yang tangguh. Di pundakmu ada amanah besar, bersamanya tersimpan berjuta harapan penentu arah sebuah generasi menuju kejayaan umat.

Engkaulah calon-calon ibu masa depan. Ada ketegaran di balik kelembutan. Tersimpan jiwa kastria di balik lemah tubuhmu. Sungguh Islam telah memuliakanmu. Dengan indah, Rasulullah [s.a.w] menggambarkan betapa agung engkau wahai ibu... Ketika suatu saat salah seorang sahabat Baginda bertanya tentang target bakti paling tinggi (selepas Allah dan Rasul-Nya) ? Lantas Baginda menjawab, "Ibumu", lalu kepada siapa lagi ? "Ibumu", kemudian ? "Ibumu", kemudian : "Ayahmu".

Begitu Islam telah menempatkanmu pada kedudukan yang mulia, di saat dalam agama dan bangsa lain engkau dihina dan direndahkan.

Wahai Muslimah.. Engkau madrasah awal pendidikan umat, dari rahimmu akan lahir generasi baru yang siap memikul amanah dakwah dan menegakkan panji-panji al-Haq dalam naungan al-Quran dan as-Sunnah. Maka persiapkan dirimu. Isilah jiwamu dengan roh iman dan biarkan mutiara-mutiara berhamburan dari lisanmu yang bersih, tertata dengan indah menjadi bingkai-bingkai pekerti yang luhur yang sentiasa mengingatkan umat dari kelalaian.

Engkaulah yang akan mempersiapkan anak-anak kita sebagai tunas-tunas baru dalam dakwah. Mendidik dan mengarahkan mereka hingga benih-benih keimanan mengakar dengan kuat dalam jiwa-jiwa mereka.

" Katakanlah kepada wanita yang beriman : "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya. "   an-Nur : 31

Betapa indahnya dunia ini jika dihiasi dengan muslimah solehah yang berpegang teguh dengan ajaran kesucian (Islam) dan menghiasi bibirnya dengan perkataan-perkataan yang mulia serta berzikir. Muslimah solehah juga bercirikan hati yang tunduk dan patuh dengan perintah Allah [s.w.t]. Menjalankan kewajipan sesuai dengan ketentuan Ilahi. Muslimah sejati bagaikan bunga yang mekar menguntum menceriakan suasana dan taman-taman.


~Srikandi Diri~

..:::DI MANA KECANTIKKAN SEORANG MUSLIMAH:::..

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlipan manja. Mungkin juga pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis. Atau mungkin juga pada gelak tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembutkan perasaan. Sejuta perkataan belum cukup untuk menceriakan kecantikkan seorang wanita. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefenisikan tentang keindahan mereka.

Panjatkan kesyukuran ke hadirat Allah [s.w.t] kerana menjadikan anda seorang wanita dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.

Satu perkara yang tidak akan dimamah usia, sifat kewanitaan yang  dipupuk dengan Iman dan Ibadah. Inilah rahsia yang menjadikan anda lebih cantik dan menarik ! :)

Jadikan Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih, Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis, Gunakan "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari "saloon Iman", Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan, Rawatlah rambut anda dengan "selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan, Hiasilah kedua tangan anda dengan "gelang Tawadhu" dan jari-jari anda dengan "cincin Ukhuwwah", Sebaik-baik kalung anda adalah kalung "kesucian" dan Bedaklah wajah anda dengan "air Wuduk" nescaya akan bercahaya di akhirat.


~Srikandi Diri~